Friday 18 November 2011

Hidupkan Hati dengan Al-quran

Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.
Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.
Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207

Friday 14 October 2011

Berubahlah.... untuk menjadi baik dan lebih baik...

Memang fitrah manusia,imannya turun dan naik.Tidak selalu meningkat,dan tidak juga selalu menurun.Dan kerana itulah,manusia itu sentiasa berubah-ubah kelakuannya dan sentiasa ingin berubah.


Perubahan itu memerlukan pengorbanan.
Dan pengorbanan itu bukan mudah.


Tapi percayalah,susah tidak bermakna mustahil.


Niat itu Kuasa

Dalam matan arba’in(Hadis 40),hadis yang pertama membahaskan soal niat.
Kenapa?
Kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat.Niat itu penguat i’tiqad.


Begitu jugalah kaifiatnya dalam mengatur perubahan diri sendiri.
Dimulakan dengan berbisik kepada hati bahawa aku ingin berubah.Hati,kalau tidak berbolak-balik bukan hati namanya.Kerana itulah,hati itu perlu hold hati masing-masing,tetapkan pendirian.

Bagaimana?


Dengan niat yang betul.


Interview diri sendiri,kenapa ingin berubah?


“Sayang,pakailah tudung. 1Malaysia(seluruh rakyat Malaysia) suruh ayang pakai tudung. Malulah abang macam ni.Ayang dah makin tua.Ajal mendekat,kena bertaubat.Lagipun bukan lawa mana pun rambut ayang tu.

*Jangan niat berubah sebab manusia suruh.
Berubahlah kerana Allah yang suruh.


*Jangan niat berubah kerana malu dengan manusia.
Tapi malulah dengan Allah.


Mulakan perubahan diri dengan niat:


“Ya Allah,sungguh hambamu ini ingin berubah.Menjadi hambamu yang diredhai. Bantulah hambamu dan pimpinlah daku kembali ke jalan yang Engkau redhai”


Memahami erti perubahan

Sungguh.Kalau fikir balik,entah berapa kali terlintas di fikiran nak berubah.Entah sudah berapa tahun azam kita masih tak berubah.Masih sama.

Ana suka mendengar.Dan acapkali apabila rakan-rakan berkongsi masalah,soalan ini adalah antara yang paling famous(selain cinta).
"Macam mana nak berubah? Dah usaha banyak kali dah,tapi resultnya tetap sama."


Hakikatnya, memang pelaksanaan itu tidak semudah percakapan.Easier said than done :)
Kan?



Tapi,
Kenapa sampai begitu sekali?
Jawapannya mudah.Kita tidak benar-benar memahami erti perubahan.


Andai niat kita lurus sekalipun,andai kita tidak benar-benar memahami erti sebenar pengorbanan,sia-sia.



Perubahan itu bukan menjadi baik,tapi proses menjadi LEBIH baik.

Sedikit-sedikit,lama-lama jadi bukit.Itulah realitinya.
Kalau kita beranggapan,hari ini kita niat ingin berubah,dan esok kita sudah boleh jadi baik,mungkin kita silap.


Sebagaimana Allah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah secara berperingkat-peringkat,begitu jualah dalam proses kita ingin menjadi acuan Al-Quran.


Tanyalah perokok yang berjaya berhenti merokok.
Percayalah,dia berjaya step-by-step.Dari sekotak sehari,7 batang rokok,dan sehinggalah rokok itu sirna dari kehidupannya.
*clark kent pon dapat power dia one by one,bukan sekaligus :) *kidding


Kerana itu,bulatkan tekad bahawa aku mahu hari ini lebih baik daripada semalam.
Menjadi baik dan sentiasa menjadi baik.

Sentiasa jadi baik.Atau dalam bahasa yang lain,istiqamah.
Ini step paling penting.Entah berapa ramai antara kita yang hanya mampu bertahan sekejap sahaja selepas Allah berikan hidayahNya.


“Berimanlah kamu dengan Allah kemudian istiqamahlah”-hadis-


Andai istiqamah itu tetap tidak hadir,percayalah bahawa kita belum benar-benar memahami dasar dan tujuan kita ingin berubah.




Kembalilah kepada Allah


Dari mana kita datang,di situlah jua tempat kita dikembalikan.
Kita semua manusia.Kita semua hamba.
Kita bukan nabi yang maksum.
Kita tidak setaat malaikat.
Bukan juga iblis yang dilaknat.


Jadi,kalau tiba-tiba terasa ingin berubah,teruslah mulakan proses perubahan itu.Jangan bertangguh. Tiada perkataan ‘sekejap lagi’ untuk menjadi hamba yang diredhainya.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”
[13:11]


Berubahlah.Menjadi lebih baik dan sentiasa menjadi manusia yang baik.
InsyaAllah.


Change for the greater good.
Jangan berhenti Mencari Redha Ilahi :)


p/s:credit to my friend.All of you.